Grrrrr ayoyoyo..Terlalu bnyak mulut,jumpa yg ini ckp dh kurus..jumpa yg sana ckp dh tembam...so dh x tau skng berada di level yg mana..Kadng2 bile dgr mulut org ni,tngn rase laju je nak cepuk,tapi bila pikir2 balik wat pe nak dipikirkn, JUST pekakkan telinga,tajamkan mata and say i'm watching uuuu...wooo..wooo...~ Cheeewwaahh!!! ^_^
Yup! sy juga de pendirian sendiri,akan berubah pabila hati sendiri mahu berubah dan bukan kerana berubah kerana orang yg suh berubah..n bila tibe je ati terdetik BERTUKAR! so kite BERTUKAR laa..
So sedar tak sedar sudah 7 hari 7 jam 7 minit dan 7 saat sy tak mam nasi..waahh terseksa jiwa dan raga beb..tapi demi nusa dan bangsa ku tahankan jua! Menyahut cabaran dewa dewi umah punyer pasal la ni..-_-
Dear RICE,pliss stay away from me :'(
Dan keterlanjuran berbicara soal diet ni,mari berkongsi 5 tips untuk menjadikan tubuh badan anda more slim,more sihat dan more strong !
1 Senaman ~ Tips kurus paling berkesan melakukan senaman selama 20 minit, sebanyak 3 kali seminggu. Bagi yang sedang berdiet, sebaiknya lakukan secara seimbang dan mengikut kemampuan diri. Mulakan dengan perlahan-lahan ini tidak akan membebankan badan…
2 Makan Makanan Sihat ~ Seimbangkan diet anda, lebihkan buah, sayur dan ikan. Kurangkan daging merah dan makanan ringan pastinya diet kurus anda akan menjadi sempurna. Ada juga tips – tips diet untuk kurus menyatakan supaya menyimpan buah epal hijau di dalam peti sejuk dan gantikannya menjadi snek apabila anda berkeinginan untuk mengunyah. Gantikan juga air berkabonat dengan jus seperti epal hijau, carot, oren, limau dan sebagainya mengikut kegemaran anda. Yogurt juga baik untuk mereka yang sedang berdiet…
3 Kurangkan Makan ~ Kawal diet anda, makan hanya pada waktu yang betul dan kuantiti yang berpatutan. Salah satu tips diet kurus lagi adalah dengan mengurangkan separuh dari kadar pemakanan anda sebelum ini, contohnya sebelum ini anda makan 2 senduk nasik, ketika dalam proses diet cuba kurangkan kepada 1 senduk sahaja. Tips diet untuk mengurangkan makan juga boleh dilakukan dengan menambahkan serat yang banyak di dalam diet anda, makanlah sehingga 5 kali hidangan berupa buah-buah dan sayuran. Diet buah-buahan ini boleh juga di ambil diantara waktu makan jadi perut anda tidak kosong dan lapar lagi… pastinya program kurus anda akan berjalan dengan lancar.
4 Eskpresi Diri ~ Lakukan apa yang anda ingin lakukan. Katakan apa yang anda ingin katakan serta lakukan segala yang betul untuk diri sendiri. Sibukkanlah diri dengan aktiviti kegemaran, jangan membiarkan masa anda terbuang begitu sahaja. Ini dapat mengelakkan dari anda berfikir untuk makan apabila bosan sebaliknya anda pastinya akan sentiasa gembira dan ceria… Begitulah ekspresi diri juga turut menyumbang dalam mengrealisasikan program kurus anda.
5 Kawal emosi ~ Satu lagi tips kurus yang tidak harus dilupakan dalam program kurus anda, bijaklah mengawal emosi dan pemikiran anda, dengan ini anda akan bersedia menerima sebarang kebarangkalian dalam hidup. Tingkatkanlah keyakinan diri dan hargai diri sendiri pastinya melakukan yang terbaik kepada diri sendiri. Sebenarnya tabiat pemakanan juga ada kaitannya dengan emosi diri jadi untuk merealisasikan diet kurus anda, pastikan pengawalan emosi yang terbaik.
Dan amatlah di ingatkan berkali kali oleh sum1,diet bukan bermaksud tak makan LANGSUNG,mesti makan..klau tak mcmne proses pembakaran nak dilakukan sekiranya tiada backup kan..dan iaanya perlu dilakukan secara perlahan2,bukan terlalu drastik..sasarkn penurunan berat secara perlahan2,proses penurunan berat bdn ni buknlah berlaku dlm waktu yg singkat tpi amatla lama..So kesabaran itu amatlah penting (ditujukan pd diri sendiri) .
Penurunan sebnyak 1 kg pun amat bermakna tau!
P/S : Paling penting,niat dihati nak berubah kerana tuntutan
masa depan,contohnya dri segi kesihatan..selalu ingatkan
diri berubah bukan kerana melaram sakan tetapi lebih
kepada kesihatan..al maklumlah tngn n kaki yg kecik ni tak
mampu menampung badan yg akan berat
kelak...hehehehheheh
yeayyy mari berdiet :)
ReplyDeleteyeay bebeh~!! ^_^
ReplyDelete